Perjanjian nuklear tidak dapat dirundingkan

TEHRAN, 12 Nov – Perjanjian nuklear Iran “tidak dapat dirundingkan,” kata jurucakap kementerian luar Iran Bassam Ghassemi semalam dalam respon terhadap kata-kata oleh presiden Perancis.

Emmanuel Macron meminta langkah berjaga-jaga terhadap Tehran berhubung program peluru berpandu balistik dan aktiviti serantau, dalam satu temu bual yang disiarkan pada Rabu oleh akhbar Amiriah Al-Ittihad.

“Kami telah memberitahu pemimpin Perancis bahawa perjanjian nuklear Iran tidak boleh dirundingkan dan tidak ada isu lain yang boleh dimasukkan dalam teks perjanjian 2015, agensi berita negara IRNA memetik Ghassemi sebagai berkata.

Perancis, menurut speaker kementerian luar “sedar sepenuhnya tentang kedudukan negara yang membabitkan isu hal ehwal pertahanan Iran yang tidak boleh dirundingkan.”

Dalam wawancara dengan Al-Ittihad, diterbitkan ketika lawatan 24 jam Macron ke Abu Dhabi, presiden Perancis berkata: “Adalah penting untuk mengekalkan dasar yang teguh dengan Iran berhubung aktiviti serantau dan program balistiknya.”

Macron juga berkata tidak ada alternatif lain untuk perjanjian nuklear Iran, yang dikecam oleh Presiden AS Donald Trump, yang mengawal program nuklear Iran.

Perancis telah berusaha untuk menyelamatkan perjanjian nuklear 2015 yang ditandatangani oleh Iran dengan enam kuasa dunia – Britain, China, Jerman, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat.

Pada 13 Oktober, Macron memberitahu Presiden Iran Hassan Rouhani dalam satu panggilan telefon bahawa Perancis masih komited kepada perjanjian tersebut.

Namun pemimpin Perancis itu menekankan juga dialog perlu diadakan dengan Iran untuk membincang isu strategik lain, termasuk program peluru berpandu balistik Tehran dan keselamatan serantau, satu cadangan yang diketepikan oleh Iran.

Lawatan Macron ke Abu Dhabi pada minggu ini diadakan di tengah ketegangan baru di antara musuh serantau Iran dan Arab Saudi.

Perjanjian nuklear Iran melihat sekatan yang dikenakan ke atas Tehran dibatalkan sebagai tukaran kepada had untuk program nuklearnya. – AFP