Perjanjian OPEC boleh naikkan harga minyak mentah melepasi jangkaan

Perjanjian OPEC boleh naikkan harga minyak mentah melepasi jangkaan

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Harga minyak mentah boleh meningkat melepasi jangkaan berikutan perjanjian Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memotong pengeluaran di antara 32.5 juta dan 33 juta tong sehari daripada 33.7 juta tong sehari ketika ini.

Dalam satu nota hari ini, Maybank Kim Eng Research (Pte) Ltd berkata, perjanjian pengurangan pengeluaran itu adalah yang pertama sejak 2008.

Firma penyelidikan itu berkata, pada pandangannya, harga minyak mentah itu akan memurata kepada AS$42.50 setong tahun ini dan AS$50 setong tahun depan.

“Harga minyak mentah itu berpotensi naik melepasi jangkaan kita jika pengeluaran dikurangkan,” katanya.

Menurutnya, margin kilang penapisan dijangka meningkat secara beransur-ansur pada suku keempat tahun ini ketika permintaan pulih untuk sulingan pertengahan semasa musim sejuk dan percutian. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA