Perjanjian Penyepaduan Tenaga akan dimeterai – Ongkili

Perjanjian Penyepaduan Tenaga akan dimeterai – Ongkili

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) – Memorandum Persefahaman (MoU) antara Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura (LTMS) bagi Projek Penyepaduan Tenaga (PIP) tidak akan ditandatangani semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) kali ke-33 disebabkan beberapa pengecualian di peringkat Singapura, kata Menteri tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ongkili berkata beliau yakin MoU itu akan dimeterai dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Buat masa ini, Singapura mahu lebih banyak masa untuk melaksanakan proses pembidaan yang telus dan kompetitif Projek perintis PIP ini dilaksanakan dalam dua fasa, dengan Laos, Thailand dan Malaysia boleh memulakan projek ini dalam fasa satu dengan Malaysia membeli cadangan 100 megawatt daripada Laos dan Thailand,” katanya.

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mempengerusikan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2015. – Bernama
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mempengerusikan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2015. – Bernama

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat AMEM dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan, di sini hari ini.

Projek itu bermatlamat meneroka dagangan tenaga merentas sempadan membabitkan LTMS, yang diluluskan semasa AMEM ke-32 yang berlansgung pada 23 Sept 2014 di Vientiane, Laos.

ARTIKEL YANG SAMA