Perjanjian perayauan WiFi dimeterai

Perjanjian perayauan WiFi dimeterai

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) – Telekom Malaysia Bhd (TM) menandatangani perjanjian perayauan WiFi dengan British Telecommunications plc (BT), yang membolehkan kedua-dua syarikat memanfaatkan rangkaian WiFi masing-masing di Malaysia dan UK serta mendapat pulangan daripada penawaran perayauan UK-Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, TM berkata melalui perjanjian ini, ketersediaan WiFi miliknya akan disertakan di dalam hab perayauan WiFi Global BT dan akan membolehkan pelanggan BT memanfaatkan tapak WiFi TM yang berkualiti tinggi semasa membuat perayauan di negara ini dan rantau ini.

“TM juga akan bersaling hubung dengan hab perayaan WiFi Global BT, membolehkan pelanggan mengakses keseluruhan keupayaan WiFi global dan yang berpangkalan di United Kingdom(UK) bagi pengalaman perayauan mudah alih yang berintegrasi semasa berada di luar negara dan UK.

“Penawaran ini dan digabungkan dengan penawaran Evolusi Jangka Panjang perayauan sedia ada dan baharu, TM kini boleh menawarkan pelanggannya sambungan bersepadu dan menyeluruh yang sebenar bagi memenuhi keperluan penggunaan data mereka serta permintaan terhadap perkhidmatan komunikasi yang diperkaya,” katanya.

Menurut TM, perayauan WiFi Global BT menyepadukan tapak WiFi secara global untuk menyediakan syarikat pengendali mudah alih dan WiFi global perkhidmatan perayauan WiFi sebenar buat pengguna akhir mereka.

Hab ini mewujudkan ekosistem perayauan WiFi global yang mempunyai daya tarikan yang signifikan dalam pasaran Asia, dan akan menjadi sangat menarik kepada pelanggan perayauan dari UK dan global di Malaysia dengan lebih 4,600 hotspot di lapangan terbang, hotel, pusat konvensyen serta kafe.

TM juga akan mendapat akses kepada hampir 400,000 hotspot di UK yang menyokong pengesahan Perayauan Wayar-les Pembekal Perkhidmatan Internet (WisPr) termasuk 12,000 untuk pengesahan WisPr dan Pengesahan Protokol Boleh Lanjut (EAP) untuk mempertingkatkan penawaran perayauan bersepadu kepada pelanggan akhir mereka.

ARTIKEL YANG SAMA