Perjanjian Perdagangan PAFTA dimeterai

CANBERRA, 12 Feb – Kerajaan Australia dan Peru telah menandatangani Perjanjian Bebas Perdagangan Peru-Australia (PAFTA) hari ini.

Menteri Perdagangan Australia, Steven Ciobo yang memuktamadkan perjanjian itu berkata “ia akan mewujudkan peluang pekerjaan baru kepada warga Australia dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Pengesahan PAFTA telah menamatkan usaha berbulan-bulan bagi kerjasama kedua-dua belah pihak selepas rundingan dibuka pada bulan Mei tahun lalu. Peralihan yang memakan masa selama sembilan bulan setelah rundingan dibuka menjadikannya sebagai perjanjian perdagangan bebas Australia yang paling cepat pernah disimpulkan.

Di bawah perjanjian itu, tarif ke atas 99 peratus produk Australia yang dieksport ke Peru akan dihapuskan dalam tempoh lima tahun.

Australia akan menjadi salah sebuah negara pembekal gula terbesar ke Peru, dengan mengeksport 90,000 tan produk itu ke Peru dalam tempoh 18 tahun; yang bersamaan 30 peratus jumlah keseluruhan gula import Peru.

Ciobo menambahkan penghapusan tarif akan membantu para petani Australia, yang secara efektif tertutup dari pasaran sehingga kini untuk mengembangkan eksport mereka. Lebih banyak mereka mengeksport, lebih banyak peluang pekerjaan disediakan untuk warga Australia.

“Sebagai salah satu matlamat utama perjanjian perdagangan kami adalah untuk perkhidmatan, PAFTA akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penyedia pendidikan Australia. Peru akan mengiktiraf ijazah pendidikan Australia, membantu universiti-universiti yang ada di Australia untuk menarik lebih banyak pelajar Peru menyambung pelajaran di Australia,” katanya.

Peru merupakan salah sebuah ekonomi yang tumbuh dengan pantas di dunia dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus sejak sedekad lalu. Perjanjian ini memberi peluang kepada ahli perniagaan Australia untuk berkongsi pertumbuhan. – Xinhua