Perjelas erti jenayah kepada generasi muda

Perjelas erti jenayah kepada generasi muda

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 8 Mei – Sebagai kesinambungan usaha menerapkan kesedaran murid-murid agar tidak terlibat dengan kegiatan jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Daerah Polis Tutong, kelmarin, mengadakan Taklimat Kesedaran Jenayah bagi murid-murid Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang, Tutong.

Hadir menyampaikan taklimat kepada murid-murid Tahun 1 hingga 6 seramai 243 orang itu ialah LCpl 4286 Muzriady bin Haji Suhaili.

Antara tujuan taklimat tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid agar mereka tidak terlibat dalam kegiatan jenayah pada masa akan datang, di samping menjelaskan tentang perbuatan jenayah dan tentang hukuman yang dijatuhkan kepada penjenayah.

Penyampaian cenderahati daripada kedua-dua belah pihak.
Penyampaian cenderahati daripada kedua-dua belah pihak.

Pada taklimat itu, Daerah Polis Tutong juga mengadakan beberapa soalan kuiz untuk menilai kefahaman mereka berhubung perbuatan jenayah.

Turut hadir semasa taklimat itu ialah Pemangku Guru Besar sekolah berkenaan, Awang Kamaluddin bin Haji Ahmad berserta guru-guru dan kakitangan sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA