Perjuang seorang perisik handalan

Perjuang seorang perisik handalan

ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

 

SIAPAKAH yang tidak mengenali watak perisik terhebat sepanjang zaman James Bond, seorang ejen perisik British yang penuh karisma dan menjadi kegilaan ramai wanita.

Makan tengah hari di Scott’s, bermain golf, menerima panggilan sosial daripada ketuanya, M, dan beristirahat di rumahnya yang terletak di Berkshire, kehidupan ejen rahsia James Bond kini terlalu berlengah-lengah. Sehinggalah pada satu petang yang indah, M telah diculik dari rumahnya dan kakitangannya telah dibunuh dengan kejam. Demi untuk menjejak keberadaan M dan meyelamatkannya, James Bond telah merentas dunia ke sebuah pulau gunung berapi di Greek, di mana Kolonel Sun Liang-tan daripada Tentera Pembebasan China bekerjasama bersama seorang bekas pegawai Nazi untuk menghuru-harakan dunia.

Bond mendapati diriya bersekutu dengan seorang ejen berambut perang yang sangat rupawan daripada agensi perisikan pesaing untuk menewaskan musuh tidak berhati perut yang langsung tidak mengendahkan peraturan tidak bertulis dunia perisikan.

Terputus daripada segala bantuan profesional, Bond kini sendirian untuk menghadapi ujian yang getir daripada Kolonel Sun yang bakal menguji ketahanan fizikalnya ke tahap yang maksima.

Ditulis dengan sangat baik oleh penulisnya, Robert Markham, menggunakan imaginasinya dalam membentuk saga James Bond yang tersendiri di samping mengekalkan gaya asli daripada penulis dan pencipta asal watak Bond, Ian Flemming, novel Colonel Sun setentunya adalah sebuah karya yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat-peminat siri James Bond.

ARTIKEL YANG SAMA