Perjuangan menentang kuasa jahat

Perjuangan menentang kuasa jahat

ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

 

TERPILIH untuk menerima hakikat tentang identiti sebenarnya, terpilih untuk menerima takdir hidupnya dan terpilih untuk mengubah dunianya sendiri, Mari adalah seorang ‘Earth Walker’ waris kepada kebolehan penyembuh yang sangat unik daripada puaknya.

Namun dia telah dipaksa untuk meninggalkan tugasannya, sehinggalah dia dipilih oleh makhluk istimewa sebagai sekutunya, dan ini telah mengubah nasibnya buat selama-lamanya.

Apabila puak Mari diserang dengan hebat oleh musuh, Mari telah mendedahkan kekuatan kuasanya dan rahsia tersembunyi yang sepatutnya tidak diketahui sesiapa pun dalam misinya untuk menyelamatkan dirinya dan orang-orangnya.

Sehinggalah Nik, anak kepada ketua puak musuh bertemu dengannya, Mari telah mengalami sesuatu yang tidak pernah dirasanya sebelum ini.

m16-3_02122016

Kini kejahatan semakin mendekat, bersamanya adalah kekuatan besar yang mampu memusnahkan segala-galanya, menyebabkan Mari terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkannya.

Dengan melanggar peraturan puaknya sendiri, Mari telah berganding bahu bersama Nik, dia harus mempersiapkan dirinya, siap untuk menyelamatkan orang-orangnya, siap untuk menyelamatkan dirinya dan diri Nik, siap untuk menerima hakikat sebenar suratan takdir bagi dirinya dan bertarung dengan kuasa jahat yang mampu memusnahkan mereka.

Demikian adalah sedikit sinopsis daripada novel Moon Chosen. Jika anda adalah peminat novel fantasi, dan ingin mengetahui lebih lanjut lagi kesudahan nasib Mari, Nik dan puak mereka, jangan lupa untuk mendapatkan novel karya penulisan P.C.Cast ini segera.

ARTIKEL YANG SAMA