Perjumpaan bincang prestasi pelajar

Perjumpaan bincang prestasi pelajar

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Sekolah Menengah Rimba, kelmarin, telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru bagi para pelajar Tahun 7 hingga 11 yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan.

Majlis ini adalah bertujuan untuk membincangkan keputusan peperiksaan para pelajar, di samping itu, peluang kepada ibu bapa untuk bersua muka dengan guru-guru yang mengajar anak mereka dan mengambil tahu akan perkara-perkara yang perlu diperbaiki dan diperkembangkan untuk para pelajar meraih kejayaan.

Para ibu bapa berbincang dengan guru mengenai prestasi anak-anak mereka.
Para ibu bapa berbincang dengan guru mengenai prestasi anak-anak mereka.

ARTIKEL YANG SAMA