Perjumpaan dengan Presiden Costa Rica

Perjumpaan dengan Presiden Costa Rica

Gambar oleh Infofoto

 

NEW YORK, 28 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan Presiden Republik Costa Rica, Tuan Yang Terutama Luis Guillermo Solis di bangunan Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York, Amerika Syarikat, kelmarin.

pg01_150929_a

Semasa perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan TYT Luis Guillermo berbincang mengenai hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Costa Rica serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa serta hal ehwal serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Mengiringi keberangkatan Baginda Sultan ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

ARTIKEL YANG SAMA