Perjumpaan dengan TYT John F. Kerry

Perjumpaan dengan TYT John F. Kerry

pg01_150928_a

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama John F. Kerry di Hotel Lotte New York Palace, New York.

Semasa perjumpaan tersebut, Baginda Sultan dan TYT Kerry berbincang mengenai hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Mengiringi keberangkatan Baginda Sultan ialah Menteri Kewangan Kedua di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kedua, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng. – Infofoto

ARTIKEL YANG SAMA