Perjumpaan ibu bapa penting ketahui perkembangan anak-anak

Perjumpaan ibu bapa penting ketahui perkembangan anak-anak

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Dalam usaha untuk sama-sama membantu memastikan bahawa murid-murid terus memberikan tumpuan kepada pencapaian akademik mereka, guru-guru dan ibu bapa dari Sekolah Rendah Rimba I, Kluster 4, mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa dan Penandatanganan Rekod Murid yang diadakan di Dewan Perpaduan, Sekolah Rendah Rimba I, hari ini.

Semasa perjumpaan itu, ibu bapa berpeluang untuk berbincang dengan guru-guru mengenai perkembangan pendidikan anak-anak mereka serta untuk sama-sama berkongsi maklumat mengenai kaedah terbaik bukan sahaja untuk memastikan tahap pencapaian para murid terus dipertingkatkan tetapi juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak ibu bapa dengan guru-guru.

Selain daripada itu, para ibu bapa juga berpeluang untuk mengetahui daripada guru-guru mereka, mengenai kemajuan dan perkembangan pendidikan serta tingkah laku anak-anak mereka.

Sementara itu, majlis penyampaian hadiah murid cemerlang dan progresif akan diadakan di sekolah berkenaan pada 26 November nanti.

Guru dan ibu bapa membincangkan mengenai dengan perkembangan dan pencapaian akademik para murid.
Guru dan ibu bapa membincangkan mengenai dengan perkembangan dan pencapaian akademik para murid.

ARTIKEL YANG SAMA