Perjumpaan JAPSS bincang rangka BPS

Perjumpaan JAPSS bincang rangka BPS

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Sebagai usaha memberi kesimpulan efektif dalam menangani masalah seharian yang dihadapi pihak sekolah seterusnya meningkatkan perhubungan, satu perjumpaan dan sesi dialog di antara Bahagian Pendidikan Swasta (BPS) dengan pengetua dan guru besar sekolah formal swasta iaitu Jawatankuasa Pemimpin-Pemimpin Sekolah Swasta (JAPSS) telah diadakan hari ini.

Sesi perjumpaan dan dialog bagi sekolah-sekolah di Daerah Brunei dan Muara serta Temburong itu telah diadakan di Dewan Sekolah Seri Mulia Sarjana (Tadika).

Antara yang dibincangkan dalam perjumpaan itu termasuk menjelaskan rangka kerja BPS dalam memberikan maklum balas mengenai status permohonan tanah pihak-pihak sekolah dan cukai pintu yang dikenakan bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar.

Bukan setakat itu, respons positif terhadap komunikasi pihak sekolah dan BPS dengan melalui pesanan ringkas juga mendatangkan tindak balas positif dan ini telah mempercepatkan lagi maklum balas kedua-dua belah pihak kepada perkara yang memerlukan tindakan segera selain menunggu memo atau surat daripada kedua belah pihak.

Antara yang menghadiri perjumpaan pada sesi dialog tersebut.
Antara yang menghadiri perjumpaan pada sesi dialog tersebut.

Perjumpaan itu juga membincangkan cara-cara menangani pembayaran yuran sekolah yang tertunggak, penggunaan buku-buku teks dan garis pandu pemarkahan peperiksaan yang jelas.

Di samping itu, BPS juga menjelaskan mengenai pendaftaran guru dan sekolah serta cadangan daripada pihak JAPSS mengenai mengadakan waktu khas bagi BPS menemu bual guru-guru baru.

ARTIKEL YANG SAMA