Perjumpaan muhibah dengan Pegawai Daerah Tutong

Perjumpaan muhibah dengan Pegawai Daerah Tutong

TUTONG, 18 Mei – Persatuan Pengakap Daerah Tutong, baru-baru ini mengadakan kunjungan serta bermuzakarah bersama Pegawai Daerah Tutong, Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad.

Rombongan Persatuan Pengakap Daerah Tutong (PPDT) yang terdiri daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tutong, Awang Sulaiman bin Haji Sihiek serta wakil dari Majlis Pengakap Daerah Tutong, terdiri daripada Pengerusi Majlis Persatuan Pengakap Daerah Tutong, Haji Musa bin Haji Libut, Timbalan Pengerusi Persatuan Pengakap Daerah Tutong, Haji Hasnan bin Haji Sahari, Setiausaha Majlis PPDT Awang Nordinkin bin Haji Md Daud serta Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Eksekutif Pentadbiran Awang Mosli bin Haji Abdul Hadis.

Sempena kunjungan tersebut, Majlis Persatuan Pengakap Daerah Tutong, antara lain turut membincangkan mengenai penglibatan ahli-ahli pengakap di daerah ini dan Ibu Pejabat Pengakap bagi menjalankan kegiatan pengakap serta kerja-kerja kesukarelawanan pengakap bagi Daerah ini.

Turut hadir mengalu-alukan rombongan ialah Penolong Pegawai Daerah Haji Adnan bin Haji Adam dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Dayang Siti Joriahati binti Johari.

Sesi bergambar ramai ketika kunjungan dan sesi bermuzakarah rombongan PPDT bersama Pegawai Daerah Tutong.
Sesi bergambar ramai ketika kunjungan dan sesi bermuzakarah rombongan PPDT bersama Pegawai Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA