Perjumpaan pengadil PESTABARU 2 Sept ini

Perjumpaan pengadil PESTABARU 2 Sept ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Persatuan Sepak Takraw Brunei Darussalam (PESTABARU) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) akan menganjurkan perjumpaan sehari pengadil PESTABARU 2016.

Majlis yang diadakan di Bilik Juri Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 2 September 2016 dari jam 8 pagi hingga 4:30 petang itu nanti akan disertai oleh pengadil-pengadil ISTAF, ASTAF dan juga pengadil-pengadil kebangsaan dan pengadil Kelas 1, 2 dan 3 serta bakal-bakal pengadil kelas yang pernah mengikuti kursus asas pengadil pada 5-14 Ogos yang lalu di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Antara tujuan daripada perjumpaan dan seminar itu adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara Jawatan Kuasa Tertinggi PESTABARU dan pengadil-pengadil PESTABARU, di samping bertukar-tukar pendapat dan fikiran mengenai Undang-undang Permainan Sepak Takraw (Rules of the Games) serta mengemaskini pengetahuan dan pengalaman para pengadil mengenai undang-undang terkini ISTAF.