Perkasa tenaga akademik

Perkasa tenaga akademik

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Bagi meningkatkan kualiti, teknik dan strategi pengajaran yang boleh diamalkan melalui kaedah pengajaran terkini, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Bengkel Memperkasa Tenaga Akademik UNISSA 2016.

Bengkel yang disertai kira-kira 78 orang peserta terdiri daripada tenaga akademik itu diadakan selama tiga hari bermula dari 17 hingga 19 Mei di Auditorium, UNISSA dan dikendalikan oleh Timbalan Dekan Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr. Abdul Rahman bin Chik.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.

Dr. Haji Norarfan (empat, kanan) bersama tenaga akademik lain bergambar ramai selepas bengkel tersebut.
Dr. Haji Norarfan (empat, kanan) bersama tenaga akademik lain bergambar ramai selepas bengkel tersebut.
Dr.Haji Norarfan bergambar ramai bersama peserta dan tenaga akademik perempuan selepas Bengkel Memperkasa Tenaga Akademik UNISSA 2016.
Dr.Haji Norarfan bergambar ramai bersama peserta dan tenaga akademik perempuan selepas Bengkel Memperkasa Tenaga Akademik UNISSA 2016.

Selain memperkasakan tenaga akademik, bengkel ini diadakan ialah untuk memurnikan rangka kursus dengan memfokuskan terhadap hasil pembelajaran setiap kursus, kaedah pengajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

Bengkel ini juga diadakan bagi membincangkan dan mengenal pasti permasalahan yang timbul dalam pelaksanaannya dan mencari jalan penyelesaian yang berkesan.

Selain itu, ia juga diharapkan membantu semua yang terlibat dalam meningkatkan strategi pengajaran bagi melahirkan graduan cemerlang, berkualiti serta berkemahiran dalam setiap bidang yang diceburi.

ARTIKEL YANG SAMA