PERKEBAR kebanggaan negara

PERKEBAR kebanggaan negara

Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Pasukan lumba perahu Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Brunei Darussalam (PERKEBAR) mengharumkan nama negara ketika menyertai acara jemputan Perahu Naga Antarabangsa Sarawak 2015 di Tebingan Kuching, Sarawak.

Kepulangan mereka ke tanah air disambut dengan penuh meriah setelah berjaya mencatatkan kejayaan dengan menduduki tempat kedua dalam Kategori Terbuka 20 Peserta dan tempat ketiga dalam Kategori Terbuka 20 Peserta.

Sebanyak 17 pasukan bersaing dalam acara antarabangsa tersebut dan 12 pasukan tempatan bersaing bagi Lumba Perahu Naga Tempatan.

Selain pasukan tempatan, antara pasukan luar negara lain yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Jepun dan Filipina.

Anggota pasukan lumba perahu negara bergambar ramai bersama-sama piala kemenangan.
Anggota pasukan lumba perahu negara bergambar ramai bersama-sama piala kemenangan.
Para peserta regata mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam setelah mencatatkan kejayaan memberangsangkan di Tebingan Kuching, Sarawak.
Para peserta regata mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam setelah mencatatkan kejayaan memberangsangkan di Tebingan Kuching, Sarawak.

Dalam acara regata berkenaan, Singapore Polytechnic muncul juara keseluruhan selepas merangkul tiga daripada empat kejuaraan dalam kategori antarabangsa.

Pasukan tersebut mengungguli beberapa termasuk Kategori Terbuka 12 peserta, Campuran 20 Peserta dan Campuran 12 Peserta.

Sementara itu Kategori Terbuka 20 peserta dimenangi oleh Pasukan Sambas dari Indonesia.