Perkembang karya seni penulisan puisi

Perkembang karya seni penulisan puisi

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 15 Dis – Bagi mengekalkan khazanah puisi tanah air, Badan Kesenian dan Kebudayaan (B2K) Daerah Tutong, baru-baru ini, telah mengadakan ‘Santai-Santai Penulis Daerah Tutong’ yang julung-julung kalinya diadakan di Pengkalan Waris, di Kampung Penapar, Tanjung Maya, Tutong.

Hadir pada acara berkenaan ialah Ketua Bahagian Bahasa dan Sastera, B2k Daerah Tutong, Dr. Chong Ah Fok; Pemangku Yang Di-Pertua B2K Daerah Tutong, Haji Mohd Zain bin Tengah, Pemilik Pangkalan Waris, Haji Samihon bin Haji Keichi yang juga merupakan seorang penulis, dan penulis-penulis dari daerah ini seperti Abdullah Tahir, K. Manis, Dino M.N, Harun HK, Rohaidah Kinchai dan Izzah Insyirah.

Acara itu merupakan salah satu aktiviti tahunan Bahagian Bahasa dan Sastera B2K Daerah Tutong dengan tujuan untuk mencambah minda serta memperkasakan karya daripada penulis-penulis daerah ini.

Gambar ramai bersama penulis-penulis Daerah Tutong.
Gambar ramai bersama penulis-penulis Daerah Tutong.
Dr. Chong Ah Fok semasa menyampaikan muzakarah.
Dr. Chong Ah Fok semasa menyampaikan muzakarah.

Selain itu, acara bersantai dijadikan sebagai muzakarah untuk mendedahkan sedikit sebanyak mengenai penulisan genre puisi baru yang telah diasaskan oleh penyair Indonesia, Soni Farid Maulana yang disampaikan oleh Dr. Chong Ah Fok dan Haji Abdullah Tahir kepada penulis-penulis tanah air.

Acara juga mendengarkan beberapa deklamasi puisi yang disampaikan oleh penulis-penulis puisi yang hadir dan diikuti dengan percambahan minda yang mana para penulis daerah ini bercadang untuk mengumpul dan mengantologikan puisi Sonian yang akan diusahakan penerbitannya oleh B2K Daerah Tutong melalui Badan Bahasa dan Sastera.

ARTIKEL YANG SAMA