Perkembangan ekonomi Jepun lemah

Perkembangan ekonomi Jepun lemah

TOKYO, 15 Ogos – Ekonomi Jepun terbantut pada suku April sehingga Jun tahun ini, data menunjukkan hari ini, terlepas ramalan pasaran dan menghidupkan semula kebimbangan mengenai bidaan kerajaan untuk memarakkan lagi satu pemulihan.

Pertumbuhan di ekonomi ketiga terbesar dunia itu tidak mengalami apa-apa perubahan dari tahap 0.0 peratus pada satu suku, merosot di bawah jangkaan ahli ekonomi untuk perkembangan pada tahap 0.2 peratus, tatkala eksport yang lemah dan satu kemerosotan yang berlaku dalam perbelanjaan perniagaan telah mengakibatkan pergerakan aktiviti menjadi perlahan.

Ekonomi telah berkembang sebanyak 0.2 peratus dalam tempoh yang terbaru, di luar jangkaan pertambahan sebanyak 0.7 peratus dan kadar pertumbuhan pula berada pada tahap 1.9 peratus yang dilihat berlaku pada suku pertama tahun ini.

Pegawai Jepun juga menerima tekanan untuk mencatat prestasi tatkala ahli ekonomi menghapus bidaan Perdana Menteri Shinzo Abe untuk menggabungkan pemulihan berkekalan, digelar Abenomics.

“Data hari ini menunjukkan ianya agak mengecewakan,” kata Junko Nishioka, ketua ahli ekonomi di Sumitomo Mitsui Banking.

Pandangan pusat bandar Tokyo yang diambil semalam. Ekonomi Jepun terbantut pada suku April-Jun, data menunjukkan hari ini, terlepas ramalan pasaran dan menghidupkan semula kebimbangan mengenai bidaan kerajaan untuk memarakkan satu pemulihan. – AFP
Pandangan pusat bandar Tokyo yang diambil semalam. Ekonomi Jepun terbantut pada suku April-Jun, data menunjukkan hari ini, terlepas ramalan pasaran dan menghidupkan semula kebimbangan mengenai bidaan kerajaan untuk memarakkan satu pemulihan. – AFP

“Keadaan ini menjadi semakin sukar.

‘Terdapat beberapa pemulihan dalam yen dan kebimbangan mengenai prospek Jepun yang berada di pasaran luar negara.

‘Dengan itu syarikat semakin pesimistik mengenai pelaburan.”

Inflasi juga telah merosot untuk bulan keempat secara berturut-turut pada Jun, memberikan tamparan hebat kepada kempen Abe untuk memerangi deflasi.

Keyakinan perniagaan telah meleset kepada tahap yang dilihat kali terakhir apabila beliau menjadi perdana menteri pada akhir 2012 berdasarkan kempen untuk merangsang ekonomi yang dibelenggu kemerosotan harga dan pertumbuhan lemah.

Tokyo baru-baru ini mengumumkan pakej berjumlah 28 trilion yen yang bertujuan untuk memulakan pertumbuhan, selepas pengundian Britain pada Jun untuk keluar daripada Kesatuan Eropah yang menyebabkan pasaran kewangan merosot dan mencetuskan pemulihan yen. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA