Perkenal 2 produk terbaru

Perkenal 2 produk terbaru

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Intracorp (B) Sdn Bhd pada pelancaran Sudut Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan produk elektronik terbaru, peti sejuk Twin Samsung Cooling Technology Plus dan mesin basuh teknologi terkini Samsung WA6700 Active Dual Wash untuk pelanggan setianya.

Peti sejuk Samsung Twin Cooling Plus Technology mempunyai keistimewaan dan kelainan daripada peti sejuk biasa yang mana ia dipasang dengan dua pemampat untuk lebih menawarkan kesegaran barang untuk penggunanya, di samping memastikan tahap kelembapan sehingga 70 peratus yang memastikan makanan akan kekal segar tidak kira di mana ia disimpan.

Dengan dua penyejat benar-benar bebas, teknologi Twin Cooling Plus mempunyai dua aliran udara yang berasingan dalam peti sejuk dan tempat simpanan beku untuk menghalang bau kurang enak daripada makanan antara peti sejuk dan simpanan beku.

Tanpa pergerakan udara antara petak, rasa asal bahan-bahan dalam peti sejuk dapat dipelihara dengan sempurna.

Selain itu, teknologi Twin Cooling Plus juga membolehkan pengguna untuk menjadi fleksibel dengan penyejukan penyimpanan bergantung kepada keperluan mereka, dengan mod penukaran sehingga lima mod.

Mesin basuh WA6700 Active Dual Wash dilengkapi dengan singki terbina dalam.
Mesin basuh WA6700 Active Dual Wash dilengkapi dengan singki terbina dalam.
Ruang dalaman peti sejuk Twin Samsung Cooling Technology Plus.
Ruang dalaman peti sejuk Twin Samsung Cooling Technology Plus.

Samsung Twin Cooling Plus TMF juga dilengkapi Digital Inverter Compressor tahan lama yang disokong dengan jaminan 10 tahun. Tidak seperti pemampat konvensional yang hanya mempunyai dua corak mula dan berhenti.

Samsung Digital Inverter Compressor menjadikan lima kitaran bergerak yang berbeza berdasarkan tahap kelembapan dan corak penggunaan yang mana ini membantu mengekalkan suhu yang lebih konsisten, mengurangkan haus dan lusuh pada pemampat untuk ketahanan lebih lama dan mengurangkan bunyi pada tahap minimum.

Sementara itu, mesin basuh WA6700 Active Dual Wash pula menjadi penyelesaian muktamad kepada keperluan dobi seseorang.

Peti sejuk Twin Samsung Cooling Technology Plus dilengkapi dua pemampat untuk menawarkan kesegaran barangan yang disimpan di dalamnya.
Peti sejuk Twin Samsung Cooling Technology Plus dilengkapi dua pemampat untuk menawarkan kesegaran barangan yang disimpan di dalamnya.

Dengan teknologi terbaru, mesin basuh yang menakjubkan ini bukan hanya bertugas mencuci, malah sistem Air-Jet membolehkan pengguna untuk mencuci tangan pada singki yang menjadi kelebihan pada mesin ini.

Pada masa yang sama, ‘Dispenser Magic’ juga mewujudkan pusaran air yang kuat bagi melarutkan cecair atau serbuk supaya tersebar sama rata.

Teknologi Wobble juga memberikan penjagaan lembut untuk kain tanpa menjejaskan fabrik, dengan ‘pulsators’ pula menjana aliran basuh yang menghalang pakaian menjadi kusut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk inovatif dan terbaru Samsung itu, para pelanggan yang berminat adalah dialu-alukan untuk mengunjungi mana-mana cawangan Intracorp di seluruh Negara.

ARTIKEL YANG SAMA