Perkenal fesyen Syomirizwa Gupta

Perkenal fesyen Syomirizwa Gupta

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Setelah mendapat sokongan daripada pelanggan Brunei sejak enam tahun lalu, pereka fesyen terkenal Malaysia, Syomir Izwa Gupta, datang ke Brunei bagi memperkenalkan koleksi-koleksi di bawah jenamanya Syomirizwa Gupta, termasuk eid luxe 2016.

Pada sidang media di Restoran Seasons, Gadong, baru-baru ini, beliau berkata bahawa ramai pelanggan Brunei membeli koleksi pengantinnya serta barang-barang lain yang sedia dipakai menerusi laman sesawang beli-belah dalam talian.

Lawatan beliau ke Brunei juga merupakan satu peluang bagi memperkenalkan jenama Syomirizwa Gupta kepada pelanggan di Brunei serta berharap untuk bertemu dengan pelanggannya secara bersemuka.

Syomir Izwa ketika menjelaskan secara ekslusif perusahaan rekaan fesyen beliau.
Syomir Izwa ketika menjelaskan secara ekslusif perusahaan rekaan fesyen beliau.

“Lawatan ini merupakan satu cara untuk menyatakan terima kasih dan memperkenalkan Syomirizwa Gupta kepada anda semua. Adalah lebih baik untuk mengenali peminat dan penyokong saya secara peribadi,” ujarnya.

Beliau turut memberikan berita baik untuk peminatnya di negara ini, yang mana beliau dan kumpulannya akan kembali ke Brunei pada Jun ini, bersama pasukan Fashionvalet.com untuk pertunjukan Hari Raya, yang akan diadakan di The Empire Hotel & Country Club.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai beliau dan koleksi beliau, bolehlah ikuti ruangan Minda di Media Permata pada minggu depan.

ARTIKEL YANG SAMA