Perkenal mekanisme dan pendekatan baru

Perkenal mekanisme dan pendekatan baru

KOTA KINABALU, 21 Ogos (Bernama) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melaksanakan pendekatan dan mekanisme baharu dalam menyalurkan maklumat berhubung dasar kerajaan dan isu-isu semasa, demi kepentingan negara dan rakyat.

Menterinya Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata pendekatan itu akan mengambil kira kepelbagaian kaum, budaya, kepercayaan serta kependudukan rakyat di negara ini.

“Saya mengambil keputusan melakukan perubahan dari segi (pendekatan) penyampaian (dasar kerajaan). Masyarakat di bandar dan luar bandar sudah tentu (perlukan) kaedah berbeza untuk kita sampaikan dasar-dasar kerajaan. Ini penting supaya apapun mesej kita, dapat difahami oleh rakyat.

Datuk Seri Dr. Salleh (kanan) ketika menyampaikan sijil kepada kakitangan JASA Sabah kelmarin. – Bernama
Datuk Seri Dr. Salleh (kanan) ketika menyampaikan sijil kepada kakitangan JASA Sabah kelmarin. – Bernama

“Ketika ini, kadang-kadang rakyat dikelirukan oleh pihak tertentu menggunakan media sosial dengan tujuan agar rakyat dapat maklumat tidak tepat.

Itu sebabnya, agensi kerajaan bertanggungjawab untuk memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada rakyat,” katanya.