Perkenal sajian tempatan, M’sia

Perkenal sajian tempatan, M’sia

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Restoran Seasons yang terletak di Tingkat 2, Hotel Centrepoint, Gadong, tidak ketinggalan menawarkan bufet sungkai dengan menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan Malaysia.

Antara hidangan yang disajikan termasuk ambuyat, soto Brunei, sup tulang sapi, ayam golek, sate ayam, ayam salai, mi senukoh, makanan laut goreng, ikan liking, sotong umbut masak lemak dan ikan masin, tumis sekoi dengan udang dan kupang tumis kicap pedas serta kambing panggang.

Di samping itu, sebagai pencuci mulut, pelanggan boleh memilih sama ada kek keju Brunei, bingka ubi kembayau, bahulu, wajid, kek batik, puteri mandi, ondeh-ondeh dan banyak lagi.

Pelbagai juadah tempatan dan Malaysia akan dihidangkan untuk bufet sungkai.
Pelbagai juadah tempatan dan Malaysia akan dihidangkan untuk bufet sungkai.

pg12_160618_c

Ambuyat turut dihidangkan pada waktu berbuka puasa.
Ambuyat turut dihidangkan pada waktu berbuka puasa.
Cef restoran bersedia untuk memenuhi permintaan para pelanggan yang berbuka puasa di Restoran Seasons.
Cef restoran bersedia untuk memenuhi permintaan para pelanggan yang berbuka puasa di Restoran Seasons.

Restoran ini dibuka bermula jam 3 petang dan bagi pelanggan yang mempunyai kad istimewa Royal Brunei Catering (RBC) akan mendapat diskaun 10 peratus.

Lebih menarik lagi, bagi setiap $2 yang telah dibelanjakan melalui bufet ini akan didermakan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim.

ARTIKEL YANG SAMA