Perkenan pelantikan Timbalan SUT (Teknologi), Kem. Pertahanan

Perkenan pelantikan Timbalan SUT (Teknologi), Kem. Pertahanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Pengarah Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan, 459 Kapten Haji Mohammad Amirol Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh telah diperkenankan untuk dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi), Kementerian Pertahanan.

Tarikh pelantikan beliau berkuat kuasa mulai esok, 27 November 2015.

ARTIKEL YANG SAMA