Perkenan perlantikan SUT, Timbalan SUT

Perkenan perlantikan SUT, Timbalan SUT

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan seorang Setiausaha Tetap dan seorang Timbalan Setiausaha Tetap.

Dr. Abdul Manaf bin Haji Metussin, Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dilantik menjadi Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.

Sementara, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan di Kementerian Kesihatan, Dr. Dayang Hajah Maslina binti Haji Mohsin dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal) di Kementerian Kesihatan.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini berkata, tarikh pelantikan mereka berkuat kuasa mulai esok Selasa, 16 Rabiulakhir 1437 bersamaan 26 Januari 2016.

ARTIKEL YANG SAMA