Perkhemahan H...

Perkhemahan Hipoksi permulaan untuk mendaki Everest

TATKALA para pendaki yang lain sedang sibuk bekerja keras untuk menawan Everest dan sedang berpangkalan di kem induk pada bulan April yang lalu, Brooks Entwistle dari Singapura pula berada di rumah dan sedang merancang untuk menyambut pesta ulang tahun anak perempuannya yang ke-13 tahun dan mempersiapkan bahan mesyuarat agung syarikatnya.

Namun pada waktu malam, Brooks akan masuk ke dalam khemah Hipoksia atau dikenali sebagai ‘Rumah Beroksigen Rendah’ yang menyerupai keadaan kualiti udara pada altitud yang tinggi.

Kini ketika berada di kawasan Everest, Brooks bersama-sama dengan Everstone Group dari Singapura berharap untuk berjaya menakluki puncak tertinggi di dunia itu dalam tempoh hanya 35 hari. Selama berdekad-dekad lamanya, impian untuk sampai ke puncak gunung itu memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan dengan melakukan beberapa siri-siri pusingan penyesuaian diri untuk membiasakan dengan persekitaran yang teruk di kawasan gunung tersebut.

Disebabkan tidak merasa akan keselesaan itu dengan beberapa tahun terpinggir dalam dunia pendakian, kini, satu peluang telah dibukakan bagi persiapan menempuhi kawasan bahaya itu dengan aplikasi satu lagi alat moden untuk mendaki gunung itu malah kini, semakin ramai para penganjur ekspedisi menawarkan pakej-pakej pendakian yang membolehkan para pelanggan untuk membiasakan diri dengan lebih awal di dalam sebuah khemah di rumah sebelum mendaki puncak tertinggi di dunia itu dalam hanya tempoh beberapa minggu.

Brooks bersama dengan rakan-rakan pengendali yang lain cuba untuk menawan puncak Everest pada tahun ini selepas menggunakan khemah itu untuk proses penyesuaian diri terlebih awal. Brooks bersama rakan-rakan membayar antara AS$75,000 dan AS$85,000 lebih dua kali ganda dari kadar termurah untuk mendaki Everest dengan cara yang biasa. Para penyokong program itu berkata bahawa masa akan dikurangkan untuk berada di gunung itu bagi mengurangkan risiko reput fros, kemalangan dan kehilangan teruk berat badan yang mana lazimnya dikaitkan dengan pendakian gunung yang beraltitud tinggi.

Brooks akan menuju Everest pada awal April untuk mula menyesuaikan diri dan merancang menawan puncak gunung itu pada pertengahan Mei namun terganggu disebabkan oleh runtuhan salji di gunung tersebut. – AFP
Brooks akan menuju Everest pada awal April untuk mula menyesuaikan diri dan merancang menawan puncak gunung itu pada pertengahan Mei namun terganggu disebabkan oleh runtuhan salji di gunung tersebut. – AFP

“Kami telah melakukan perkara ini beberapa tahun yang lalu dan kini kami ingin menyaksikan syarikat lain menawarkannya untuk memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan mereka,” kata Adrian Ballinger dari Alpenglow Expedition, Amerika Syarikat kepada wartawan AFP. Kumpulan itu telah mula melakukan eksperimen dengan mengaplikasikan khemah itu pada tahun 2011. “Kebanyakan pendaki gunung adalah sihat terutama dalam proses pendakian mereka kerana mereka tidak banyak menghabiskan begitu banyak masa di kawasan gunung berkenaan,” tambah Ballinger lagi kepada wartawan. Ballinger telah membawa seorang pelanggan untuk mendaki Everest pada tahun 2013 dengan menggunakan sistem itu dan empat orang pelanggan pada tahun 2016.

“Flash Everest”

Dalam tahun 2014. Entwistle mengambil cuti bekerja luar biasa selama sembilan bulan. Dia menuju Everest pada awal April untuk mula menyesuaikan diri dan merancang menawan puncak gunung itu pada pertengahan Mei. Namun rancangannya terganggu oleh kejadian salji runtuh yang mengorbankan 16 orang Sherpa (pemandu mendaki gunung) dan kejadian telah mengakibatkan penutupan musim pendakian. “Saya tidak ada masa seperti itu sekarang. Bagi saya adalah mustahil untuk mendaki Everest tanpa kaedah ini,” ujarnya.

Khemah hipoksia telah lama digunakan oleh atlet-atlet untuk membina kemampuan paru-paru sebagai sebahagian latihan mereka.

Nitrogen dipam masuk ke dalam khemah yang mempunyai penghadang untuk mewujudkan semula suasana altitud tinggi dengan mengurangkan paras oksigen supaya badan menyesuaikan diri dengan udara yang berkurang.

“Saya percaya setiap pendaki telah menggunakan teknologi-teknologi hari ini ke tahap maksimum yang mereka mampu, sama ada bagi perhubungan atau latihan. Hari ini latihan hipoksi adalah salah satu alat itu,” kata Ballinger yang membawa Entwistle dan seorang lagi pelanggan mendaki Everest dari utara Tibet tahun ini.

Brooks bersama rakan-rakan membayar antara AS$75,000 dan AS$85,000 lebih dua kali ganda dari kadar termurah untuk mendaki Everest dengan cara yang biasa. – AFP
Brooks bersama rakan-rakan membayar antara AS$75,000 dan AS$85,000 lebih dua kali ganda dari kadar termurah untuk mendaki Everest dengan cara yang biasa. – AFP
Kini, semakin ramai para penganjur ekspedisi menawarkan pakej-pakej pendakian yang membolehkan para pelanggan untuk membiasakan diri dengan lebih awal di dalam sebuah khemah di rumah sebelum mendaki puncak tertinggi di dunia itu dalam hanya tempoh beberapa minggu. – AFP
Kini, semakin ramai para penganjur ekspedisi menawarkan pakej-pakej pendakian yang membolehkan para pelanggan untuk membiasakan diri dengan lebih awal di dalam sebuah khemah di rumah sebelum mendaki puncak tertinggi di dunia itu dalam hanya tempoh beberapa minggu. – AFP

Ballinger memerlukan para pendakwa yang menggunakan pakej ‘pendakian pantas’ memiliki pengalaman mendaki sekurang-kurangnya 14 buah gunung di dunia yang ketinggiannya lebih 8.000 meter. Tahun hadapan syarikat Austria, Furtenbach Adventure akan membawanya ke satu tahap lagi dengan pakej ‘Flash Everest” yang menjanjikan penawanan puncak dalam tempoh kurang empat minggu, dengan bantuan khemah hipoksia dan oksigen yang bertambah.

Pengendali ekspedisi veteran, Simon Lowe adalah pengkritik lantang akan kaedah ini, dengan menggelarkannya ‘ubat palsu’, dan percaya dengan mantera biasa pendakian tinggi dan tempat tidur rendah. Penyesuaian diri awal ini kebalikan dari apa yang kita ketahui berkesan,” kata Lowe. Lower berkata kaedah ini hanya berjaya kerana syarikat-syarikat menyediakan para pendaki dengan oksigen tambahan yang bertambah dari pendakian biasa.

Itu menimbulkan masalahnya sendiri, dengan memerlukan Sherpa terpaksa melakukan pendakian berisiko berulang kali untuk meninggalkan botol-botol oksigen tambahan untuk dikutip oleh para pendaki ketika pendakian mereka, sementara juga mengakibatkan lebih banyak kanister kosong ditinggalkan di lereng gunung.

“Jika ini diluaskan kepada semua orang, ia akan mengundang bencana. Para pendaki yang telah menggunakan penyesuaian diri awal tidak akan ada kefleksibelan untuk memberi respons kepada Everest dan cuacanya dan akan mengakibatkan risiko bahaya kepada semua orang,” tambah Lowe lagi.

Kent Stewart, seorang pendaki Amerika yang telah menawan puncak tertinggi di enam benua, berhasrat menggunakan penyesuaian awal diri sebelum usahanya untuk melengkapkan ‘Tujuh Puncak’ Everest tahun hadapan. Stewart telah kehilangan berat badan yang teruk ketika ekspedisi dan mendapati khemah itu kaedah berguna untuk memendekkan pendakiannya.

“Kita makan dan tidur di rumah dan tidak terdedah pada bahaya berada di gunung,” ujar Stewart. Ballinger setuju dan berkata teknik ini akan bertahan. “Saya meramalkan dalam tempoh 10 tahun tidak akan ada ekspedisi 65 hari dengan oksigen tambahan di Everest.” – AFP