Perkhidmatan berkhatan bermula 27 November

Perkhidmatan berkhatan bermula 27 November

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Kementerian Kesihatan memaklumkan Perkhidmatan Berkhatan pada musim cuti persekolahan penggal ketiga tahun 2015 akan bermula pada 27 November hingga 27 Disember.

Menurut kenyataan kementerian berkenaan, hari ini, pendaftaran dan pemeriksaan bagi kanak-kanak yang akan berkhatan bermula pada 17 hingga 27 November jam 8:15 pagi hingga 11:15 pagi dan 2:00 petang hingga 3:30 petang (hari bekerja sahaja).

Tempat baru bagi pendaftaran dan pemeriksaan adalah bekas Klinik Obstetrik & Ginekologi, Blok 3, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (berdepan dengan kantin BKSS, Hospital RIPAS).

Ibu bapa atau penjaga diingatkan supaya membawa bersama anak mereka berserta salinan surat beranak dan kad Bru-HIMS semasa membuat pendaftaran bagi pemeriksaan kesihatan. Orang ramai bolehlah menghubungi pegawai-pegawai pengkhatan yang bertugas di talian 2242424 sambungan 1484 atau Ketua Pusat Berkhatan di talian 7174332.

ARTIKEL YANG SAMA