Perkhidmatan kaunter JPD sepanjang Ramadan

Perkhidmatan kaunter JPD sepanjang Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan memaklumkan orang ramai bahawa waktu-waktu beroperasi bagi kaunter-kaunter perkhidmatan di kesemua cawangan jabatan berkenaan sepanjang bulan Ramadan bagi tahun 1436 Hijrah/2015 Masihi akan dibukakan kepada orang ramai pada waktu-waktu yang telah ditetapkan.

Waktu perkhidmatan pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu bagi cawangan Ibu Pejabat JPD, Jalan Gadong, Beribi, Kompleks Latihan dan Litar Ujian Memandu Sungai Akar, Tutong, Belait dan Temburong semua kaunter perkhidmatan dibuka bermula pukul 8.15 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Waktu perkhidmatan pada setiap Jumaat bagi cawangan Ibu Pejabat JPD, Gadong Beribi bagi kaunter perkhidmatan membaharui lesen memandu, membaharui lesen kenderaan (Road Tax), penggantian lesen kenderaan pudar bermula pukul 8.15 pagi hingga 11.00 pagi (kecuali hari kelepasan awam).

Manakala bagi Daerah Tutong dan Kuala Belait waktu perkhidmatan pada minggu pertama Jumaat dan terakhir bagi kaunter perkhidmatan membaharui lesen memandu, membaharui lesen kenderaan (Road Tax), penggantian lesen kenderaan pudar bermula 8.15 pagi hingga 11.00 pagi (kecuali hari kelepasan awam).

Bagi kaunter perkhidmatan pemeriksaan kenderaan cawangan Ibu Pejabat JPD, Tutong dan Kuala Belait pada minggu pertama Jumaat dan terakhir bermula 8.15 hingga 10.30 pagi. Sementara itu, Kompleks Latihan dan Litar Ujian Memandu Sungai Akar dan Temburong adalah ditutup.

Di kesempatan ini juga, JPD turut mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak 1436H/2015M dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat di Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA