Perkhidmatan kereta api selatan Thai digantung

Perkhidmatan kereta api selatan Thai digantung

BANGKOK, 4 Sept – Perkhidmatan kereta api ke tiga wilayah selatan Thai digantung pada hari ini berikutan letupan bom berhampiran stesen Khokpo di Pattani semalam, yang mengorbankan seorang pekerja kereta api.

Penggantungan perkhidmatan itu oleh State Railway of Thailand (SRT), menyebabkan ramai penumpang yang bergantung kepada perkhidmatan itu terkandas di stesen kereta api.

Penumpang-penumpang kemudian dihantar ke destinasi masing-masing oleh SRT menggunakan bas, menurut laporan media tempatan hari ini.

Keadaan gerabak yang musnah selepas kereta api dari Sungai Golok ke Hatyai diserang bom mengakibatkan seorang kakitangan kereta api maut dan tiga lain cedera di stesen kereta api Khokpo semalam. Akibat serangan itu, perkhidmatan kereta api ke selatan Thai hari ini digantung. – Bernama

Dalam kejadian 5.45 petang (waktu tempatan), sebuah bom yang ditanam di bawah landasan kereta api meletup semasa kereta api Sungai Golok-Hatyai sedang melaluinya, mengakibatkan kematian seorang lelaki dan mencederakan tiga yang lain.

Letupan kuat itu menghasilkan sebuah kawah sedalam satu meter di landasan kereta api itu dan merosakkan enam gerabak terakhir kereta api itu.

Tiada penumpang dilaporkan cedera dalam insiden itu. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA