Perkhidmatan keselamatan dihentikan bagi pencari suaka

Perkhidmatan keselamatan dihentikan bagi pencari suaka

SYDNEY, 2 Sept – Syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan terkemuka Australia menjadi syarikat terbaru menjauhi kem tahanan pencari suaka kerajaan di kepulauan Pasifik dalam mengikut jejak langkah sebuah syarikat besar pembinaan Sepanyol, Ferrovial.

Pusat-pusat di pulau keci Nauru dan Pulau Manus, Papua New Guinea, tempat pencari-pencari suaka yang cuba sampai ke Australia dengan menaiki bot akan dihantar, telah diselar oleh para penyokong hak asasi kemanusiaan dan orang pelarian antarabangsa dan Australia, kerana keadaan tempat itu.

Wilson Security, yang menyediakan perkhidmatan keselamatan di pusat-pusat itu sejak 2012 pada lewat semalam berkata ia tidak akan menyediakan perkhidmatan seterusnya selepas perjanjian masa ini yang akan berakhir pada Oktober 2017.

Syarat-syarat perkhidmatan seumpama itu tidak sejajar dengan keutamaan strategik jangka panjang syarikat,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Saiz perjanjian dipercayai besar, dengan Canberra memberikan kontrak 20 bulan, Aus$1.22 bilion kepada Transfield, kini Broadspectrum Ferrovial, dalam tahun 2014. Tetapi para penyedia perkhidmatan menjadi sasaran kempen seperti ‘No Business in Abuse’ di tengah dakwaan bahawa sebilangan pencari suaka yang ditahan di kem itu telah berdepan dengan serangan seksual.

Salah satu dana pencen terbesar Ausralia, HESTA, tahun lalu telah melucutkan pegangannya dalam Transfield Aus$23 juta dengan mengatakan dakwaan pencabulan hak di pusat-pusat itu adalah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan begitu juga dasarnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA