Perkhidmatan pergigian kanak-kanak cuti persekolahan

Perkhidmatan pergigian kanak-kanak cuti persekolahan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Perkhidmatan Pergigian bagi Pesakit Kanak-kanak semasa waktu cuti persekolahan penggal pertama 2016 akan dibuka bermula 19 Mac hingga 2 April depan.

Tempat pendaftaran bagi perkhidmatan berkenaan adalah di Tingkat 1, Blok A, Pusat Pergigian Negara Lapangan Terbang Lama, Berakas dan waktu pendaftaran adalah dari pukul 7:45 pagi hingga 10 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang.

Bagi pesakit yang memerlukan rawatan lanjut, Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya hari ini, menasihatkan mereka untuk menyambung atau meneruskan rawatan di klinik-klinik pergigian mengikut tadahan yang telah ditetapkan.

ARTIKEL YANG SAMA