Perkhidmatan pergigian semasa cuti persekolahan

Perkhidmatan pergigian semasa cuti persekolahan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa waktu Perkhidmatan Pergigian bagi Pesakit Kanak-kanak semasa cuti persekolahan penggal kedua 2016 akan bermula 10 hingga 17 September ini, kecuali hari Jumaat dan Ahad serta hari kelepasan awam.

Tempat pendaftaran bagi perkhidmatan itu adalah di Tingkat 1, Blok A, Pusat Pergigian Negara Lapangan Terbang Lama, Berakas, dan waktu pendaftaran dari jam 7:45 pagi hingga 10 pagi, dan 1:30 petang hingga 3 petang.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya turut menyatakan bahawa bagi pesakit kanak-kanak yang memerlukan rawatan lanjut, mereka dinasihatkan untuk menyambung atau meneruskan rawatan di klinik-klinik pergigian mengikut tadahan yang telah ditetapkan.

Pada musim cuti persekolahan ini juga, Perkhidmatan Pergigian di pusat-pusat kesihatan dan klinik-klinik kesihatan bagi pesakit kanak-kanak dibuka seperti biasa.