Perkhidmatan Radio anjur projek amal Jalinan Kasih

Perkhidmatan Radio anjur projek amal Jalinan Kasih

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 15 Jun – Perkhidmatan Radio RTB cawangan Kuala Belait dengan kerjasama ahli-ahli Kelab Radio dan beberapa institusi lainnya, telah menganjurkan dua acara amal bagi Projek Jalinan Kasih yang berlangsung kelmarin, dan hari ini.

Acara Perlawanan Frisbee Jalinan Kasih yang diadakan di Padang Maktab Anthony Abell, kelmarin, telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman selaku tetamu kehormat.

Sementara itu, pada hari ini, acara berkenaan telah diteruskan dengan Pertandingan Memancing Jalinan Kasih 58 Radio yang dihadiri oleh tetamu kehormat, Pengarah Radio Televisyen Brunei (RTB),Haji Muhammad Suffian bin Haji Bongsu, di Taman Jubli Anduki.

Projek Jalinan Kasih 58 Radio ini merupakan antara kegiatan amal sempena Sambutan 58 Tahun Perkhidmatan Radio dengan menggiatkan salah satu program dalam projek tahunan radio iaitu Jalinan Kasih.

Haji Muhammad Suffian ketika merasmikan acara pertandingan memancing sebagai salah satu acara Projek Jalinan Kasih 58 Radio.
Haji Muhammad Suffian ketika merasmikan acara pertandingan memancing sebagai salah satu acara Projek Jalinan Kasih 58 Radio.
Ahli-ahli Kelab Radio RTB cawangan Kuala Belait dan kakitangan RTB lainnya berkesempatan bergambar ramai semasa acara Projek Jalinan Kasih 58 Radio.
Ahli-ahli Kelab Radio RTB cawangan Kuala Belait dan kakitangan RTB lainnya berkesempatan bergambar ramai semasa acara Projek Jalinan Kasih 58 Radio.

Jalinan Kasih adalah projek amal yang menanamkan sikap-sikap pemedulian terhadap orang-orang yang memerlukan bantuan dan perhatian terutama apabila menjelangnya bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Hasil daripada projek amal ini akan disalurkan kepada Projek Amal Jalinan Kasih yang dijangka akan diadakan pada awal Ramadan ini nanti.

ARTIKEL YANG SAMA