PERKIRA anjur majlis Hari Raya 31 Julai

PERKIRA anjur majlis Hari Raya 31 Julai

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan (PEKIRA) akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya pada Ahad, 31 Julai ini bertempat di Restoran Stadium Negara Hassanal Bokiah, Berakas, bermula jam 7:30 malam.

Majlis sambutan tersebut adalah antara kegiatan tahunan yang bertujuan merapatkan lagi tali silaturahim antara ahli-ahli PEKIRA dan keluarga masing-masing.

Menurut kenyataan penganjur, seperti tahun-tahun yang lalu, jawatankuasa penganjur mengenakan bayaran penyertaan kepada ahli dan keluarganya yang ingin menyertai iaitu sebanyak $20 seorang.

Ahli-ahli PEKIRA yang berhajat untuk ikut serta bolehlah menghubungi Setiausaha Agung PEKIRA melalui talian +6738747174 atau Haji Masri bin Haji Mohd Don melalui talian +6738754946. Tarikh terakhir penerimaan penyertaan ialah pada hari Sabtu 23 Julai.