Perkuburan Islam tertua Eropah ditemui

Perkuburan Islam tertua Eropah ditemui

WASHINGTON, 25 Feb (AFP) – Ahli kaji purba yang sedang menjalankan kerjanya di selatan Perancis telah mengenal pasti tiga kubur yang dipercayai adalah perkuburan Islam paling lama yang pernah ditemui di Eropah sejak abad ke-8.

Rangka di tapak Zaman Pertengahan di Nimes didapati menghadapi Mekah dan analisis genetik menunjukkan keturunan ayah mereka adalah warga Afrika Utara, menurut kajian dalam jurnal PLOS ONE.

Selain itu, tarikh radiokarbon menunjukkan tulang berkemungkinan dari abad ke-7 dan 9, yang menunjukkan ia adalah dari penaklukan Islam di Eropah ketika tempoh itu.

“Memandangkan semua data ini, kami mencadangkan rangka dari perkuburan Nimes milik Berbers bersepadu dengan tentera Umayyad ketika perluasan Arab di Afrika Utara,” menurut kajian itu.

Penemuan itu menambah dimensi baru kepada pengetahuan tentang era itu yang terbatas pada buku-buku sejarah dan beberapa data arkeologi.

“Kita mengetahui bahawa orang Islam datang ke Eropah dalam abad ke lapan tetapi sehingga kini kita tidak memperoleh sebarang bukti bahan laluan ini,” Yves Gleize, seorang ahli antropologi di Institusi Kebangsaan Perancis bagi Penyelidikan Pencegahan Arkeologi (Inrap) dan ketua pengarang kajian itu, memberitahu AFP.

Perkuburan itu adalah yang pertama ditemui pada tahun 2006 berhampiran jalan utama di Nimes ketika pekerja-pekerja binaan melakukan kerja pengorekan di garaj tempat letak kereta bawah tanah.

Penganalisis cermat dalam tahun-tahun sejak itu telah menunjukkan bahawa lelaki-lelaki yang meninggal dunia dibaringkan sendeng, menghadap arah Mekah, menurut hukum pengebumian orang Islam.

Seorang berusia dalam 20-an apabila dia meninggal dunia, seorang lagi berusia dalam 30-an dan yang ketiga berusia lebih 50 tahun. Tulang-tulang mereka tidak menunjukkan tanda-tanda kecederaan dalam penggempuran.

Sebuah lagi tempat perkuburan Islam ditemui di Marseille, tetapi ia bertarikh abad ke-13. Sebuah perkuburan di Montpellier mungkin berusia sejak abad ke-12.

ARTIKEL YANG SAMA