Perkumpulan, konvoi VOGB

Perkumpulan, konvoi VOGB

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jun – Bagi menggalakkan pemanduan cermat dan selamat semasa musim perayaan ini, Veloster Owner Group Brunei (VOGB) telah mengadakan perkumpulan dan konvoi yang bermula dari Jerudong Park ke Pantai Seri Kenangan, Tutong.

Seramai 25 orang dan 15 buah kereta Hyundai Veloster, telah berkumpul di Jerudong Park sebelum memulakan acara konvoi. Aktiviti berkenaan merupakan aktiviti bulanan VOGB.

Perhimpunan berkenaan juga bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan fikiran mengenai perihal kereta Veloster mereka serta penjagaannya.

Kelihatan barisan kereta-kereta Veloster selepas mereka mengadakan konvoi ke Pantai Seri Kenangan, Tutong.
Kelihatan barisan kereta-kereta Veloster selepas mereka mengadakan konvoi ke Pantai Seri Kenangan, Tutong.

VOGB telah ditubuhkan sejak 2012 dan kini dalam proses penubuhan rasminya, seterusnya merancang untuk mengadakan aktiviti-aktiviti lain bagi semua pemilik Hyundai Veloster dan ahli-ahli VOGB.

Selain itu, VOGB juga merancang untuk mengadakan majlis bersungkai di bulan Ramadan ini dan konvoi raya Syawal nanti.

ARTIKEL YANG SAMA