Perlawanan akhir badminton antara cawangan

Perlawanan akhir badminton antara cawangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov – Majlis Sukan Polis Diraja Brunei semalam mengadakan Perlawanan Akhir Badminton Berpasukan Antara Cawangan bertempat di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Perlawanan akhir tersebut adalah di antara Cawangan A dan Cawangan D yang masing-masing bertanding dalam tujuh kategori iaitu Beregu Pegawai, Beregu Lelaki Veteran, Beregu Wanita Terbuka,Beregu Lelaki Terbuka, Perseorangan Wanita, Perseorangan Lelaki dan Beregu Campuran.

Keputusan perlawanan akhir telah memihak kepada Cawangan A dengan kiraan 4 – 1. Keputusan penuh perlawanan adalah juara digenggam Cawangan A, naib juara Cawangan B, tempat ketiga Cawangan C, tempat keempat Cawangan E dan menduduki tempat kelima ialah Cawangan D.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan piala kemenangan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, ACP Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

Sesi bergambar ramai sempena Perlawanan Akhir Badminton Berpasukan Antara Cawangan di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong.
Sesi bergambar ramai sempena Perlawanan Akhir Badminton Berpasukan Antara Cawangan di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong.