Perlawanan badminton persahabatan erat silaturahim

Perlawanan badminton persahabatan erat silaturahim

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kewangan dan anggota keluarga mereka baru-baru ini mengadakan perlawanan badminton persahabatan menentang Pasukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Aktiviti penuh bermanfaat itu diketuai oleh Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat 1, Jabatan Perbekalan dan Stor Negara, Kementerian Kewangan, Dayang Sheradi Khartini Gidi Zaman, bersama ketua jurulatih merangkap pengurus Awang Serudin bin Haji Mohammad.

Perlawanan persahabatan pertama diadakan pada 21 November di Kompleks Rumah Kebajikan Pulaie yang dihoskan oleh JAPEM dan kemudian disusuli pula oleh para pegawai dan staf jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kewangan dan anggota keluarga mereka mengadakan perlawanan persahabatan pada 20 November bertempat di Dewan Pengiran Lela Cheteria, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

Perlawanan persahabatan tersebut antara lain bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara jabatan-jabatan dan meningkatkan semangat kesukanan sekali gus mencapai matlamat gaya hidup sihat.

Sesi bergambar ramai pasukan yang terbabit dalam perlawanan badminton persahabatan bersama Dayang Sheradi Khartini Gidi Zaman.
Sesi bergambar ramai pasukan yang terbabit dalam perlawanan badminton persahabatan bersama Dayang Sheradi Khartini Gidi Zaman.

ARTIKEL YANG SAMA