Perlawanan bertukar tragedi

Perlawanan bertukar tragedi

LOS ANGELES, 18 Dis (AFP) – Bintang NBA Lebron James berlanggar dengan isteri kepada pemain golf Australia Jason Day dalam keadaan yang menggerunkan di tepi gelanggang pada perlawanan Cleveland Cavaliers menentang Oklahoma City Thunders kelmarin.

Ellie Day diusung keluar dan dibawa ke hospital selepas James, mengejar bola liar dan kemudian melanggar kerusi tempatnya duduk yang mengakibatkan kedua-duanya terkapar di atas lantai.

Perlawanan tersebut dihentikan buat beberapa minit apabila kakitangan perubatan merawat Day, dengan diperhatikan oleh James dan rakan sepasukannya.

Ellie Day isteri kepada Jason Day diusung keluar dari gelanggang selepas dilanggar tanpa sengaja oleh Lebron James di perlawanan tersebut. - Reuters
Ellie Day isteri kepada Jason Day diusung keluar dari gelanggang selepas dilanggar tanpa sengaja oleh Lebron James di perlawanan tersebut. – Reuters

Ellie Day dilaporkan sedar dan boleh bercakap apabila suaminya menemaninya menuju sebuah ambulans. Dia baru-baru ini telah melahirkan anak kedua pada bulan November lepas.

Jason Day, 28, memenangi gelaran utama pertamanya pada Kejohanan PGA bulan Ogos, dua kali naik dalam ranking nombor satu dunia tahun ini dan memenangi Anugerah Don Ahli Sukan Australia Berprestij pada Oktober lepas.

Dia dan isterinya, yang mempunyai kediaman di Columbus, Ohio, duduk di tepi gelanggang apabila insiden itu berlaku pada akhir suku keempat yang dimenangi oleh Cavaliers 104-100.