Perlawanan bola keranjang persahabatan

Perlawanan bola keranjang persahabatan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Sebagai sebahagian usaha menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim, satu perlawanan bola keranjang persahabatan diadakan di antara Pasukan Bola Keranjang M & F dan Pasukan Bola Keranjang Fitness Zone di Gelanggang Bola Keranjang Fitness Zone, Kiulap, kelmarin.

Perlawanan itu menyaksikan Pasukan Bola Keranjang Fitness Zone yang diketuai oleh Wu Chun menentang pasukan bola keranjang gabungan media dan rakan-rakan (M&F) yang diketuai oleh James Kon di mana M&F berjaya menewaskan Fitness Zone, 80-73.

Sesi bergambar ramai kedua-dua pasukan yang bertanding sebelum perlawanan persahabatan di Gelanggang Bola Keranjang Fitness Zone, Kiulap.
Sesi bergambar ramai kedua-dua pasukan yang bertanding sebelum perlawanan persahabatan di Gelanggang Bola Keranjang Fitness Zone, Kiulap.

ARTIKEL YANG SAMA