Perlawanan Bola Sepak, Tarik Kalat Polis

Perlawanan Bola Sepak, Tarik Kalat Polis

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI EBGAWAN, 24 Mac – Pasukan Green Komponen berjaya mengungguli perlawanan bola sepak setelah menumpaskan Black Komponen dengan jaringan 2-1 yang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah Ibu Pejabat Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Bahrin Mohd Noor.

Pasukan tersebut juga turut berjaya menumpaskan pasukan yang sama dalam acara tarik kalat.

Kedua-dua kompenan merupakan pasukan gabungan anggota daripada kedua-dua negara yang terlibat dalam Brusing Exercise XXIV 2016 iaitu Pasukan Polis Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Polis Singapura.

Gambar ramai bersama pemenang bagi perlawanan bola sepak.
Gambar ramai bersama pemenang bagi perlawanan bola sepak.