Perlawanan dihentikan akibat ancaman bom

Perlawanan dihentikan akibat ancaman bom

HANOVER, Jerman, 18 Nov (AFP) – Aksi persahabatan antara Jerman dan Belanda di sini, awal pagi tadi waktu Malaysia dibatalkan berikutan dakwaan ‘ancaman’ bom yang serius.

Ketua Polis di sini, Volker Kluwe berkata ‘terdapat ancaman situasi konkrit di semua kawasan Hanover’.

Ketika memberitahu siaran NDR, beliau berkata \ʼterdapat perancangan serius untuk melakukan letupan,”.

“Kami mendapat indikasi serius mengatakan perancangan serangan bom di dalam stadium pada malam ini,” katanya. Walau bagaimanapun, polis Jerman tidak menjumpai sebarang bahan letupan dan tidak membuat sebarang penahanan di Hanover selepas perlawanan persahabatan itu dibatalkan.

Kawasan stadium dikosongkan bagi tujuan pemeriksaan ancaman bom di tempat itu. – AFP
Kawasan stadium dikosongkan bagi tujuan pemeriksaan ancaman bom di tempat itu. – AFP

Beribu penonton bergerak keluar dari Stadium HDI Arena sejurus selepas itu.

Canselor Jerman, Angela Merkel dijadualkan turut hadir menyaksikan perlawanan bagi menghormati mangsa tragedi serangan di Paris pada Jumaat lalu.

ARTIKEL YANG SAMA