Perlawanan Futsal Tahunan Jabatan Perbendaharaan 2016

Perlawanan Futsal Tahunan Jabatan Perbendaharaan 2016

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh MOF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Pasukan yang menamakan kumpulan mereka Pasukan England telah memenangi Perlawanan Futsal tahunan Jabatan Perbendaharaan 2016.

Bertepatan dengan tema kejohanan iaitu ‘Piala Euro’, semua pasukan telah menamakan pasukan masing-masing antaranya pasukan Itali, Jerman, Belgium, Sepanyol, Ukraine yang telah berlangsung di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara HassanalBolkiah di Berakas.

Empat pasukan teratas berentap di peringkat kalah mati dan menyaksikan pasukan Ukraine, Itali, Jerman dan England mara ke separuh akhir.

England yang berhadapan pasukan Ukraine di peringkat separuh akhir terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti yang mana berpihak kepada pasukan England, sementara pasukan Itali pula berjaya menenwaskan Jerman dengan jaringan 2-0.

Dayang Norliah binti Haji Kula bergambar ramai bersama pasukan England yang menjuarai kejohanan tersebut.
Dayang Norliah binti Haji Kula bergambar ramai bersama pasukan England yang menjuarai kejohanan tersebut.

Pada perlawanan bagi menentukan tempat ketiga dan keempat, pasukan Ukraine berjaya menewaskan pasukan Jerman dengan jaringan 4-0 sebelum perlawanan akhir yang berpihak kepada pasukan England dengan jaringan 2-0 keatas pasukan Itali.

Pemain terbaik dalam kejohanan itu ialah Mohd Hazrul Hazmi bin Haji Mat Kassim dari pasukan England, penjaga gol terbaik pula disandang oleh Khairul Anwar bin Awang Yussof daripada pasukan England dan penjaring terbanyak dimenangi oleh Mohd Hazrul Hazmi bin Haji Mat Kassim dengan sembilan gol.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan haidah kepada pemenang-pemenang ialah Pemangku Akauntan Besar, Dayang Norliah binti Haji Kula.

ARTIKEL YANG SAMA