Perlawanan Kawad PKBN pada 13 Jun

Perlawanan Kawad PKBN pada 13 Jun

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Perlawanan Kawad PKBN kali ke-2 Tahun 2015 akan diadakan pada 8 hingga 12 Jun ini dan kemuncaknya pada 13 Jun di Padang Kawad, Kem Latihan PKBN, Perkampungan Sukan Berakas.

Hanya lima pasukan akan ikut serta dalam perlawanan berkenaan, yang terdiri daripada dua pasukan PKBN (alumni); sebuah pasukan Kadet Tentera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); sebuah pasukan Kadet Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; dan sebuah pasukan Kadet Bomba, Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Urus Setia PKBN melalui talian 2340033 / 2340045 atau faks 2341722.