Perlawanan persahabatan boling meriah

Perlawanan persahabatan boling meriah

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jan – Pertandingan persahabatan boling anjuran bersama warga media dan Kementerian Kesihatan berlangsung meriah hari ini di Pusat Boling Megastrike, The Airport Mall.

Pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu A, B,dan C (berpasukan) bagi kutipan mata tertinggi, pemain terbaik dan pasukan terbaik sambil diselang-selikan dengan cabutan bertuah ditaja oleh kedua-dua pasukan.

Perlawanan persahabatan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga media dari Brunei Press dan Kementerian Kesihatan selain menonjolkan bakat masing-masing.

Pengiran Fairol RMF daripada kumpulan media menyampaikan hadiah tempat ketiga perseorangan lelaki kepada Awang Syahmi Hassan.
Pengiran Fairol RMF daripada kumpulan media menyampaikan hadiah tempat ketiga perseorangan lelaki kepada Awang Syahmi Hassan.
Fadhil Yunus menyampaikan hadiah kepada wakil rombongan Kementerian Kesihatan.
Fadhil Yunus menyampaikan hadiah kepada wakil rombongan Kementerian Kesihatan.
Gambar ramai warga media Brunei Press dan Kementerian Kesihatan.
Gambar ramai warga media Brunei Press dan Kementerian Kesihatan.