Perlawanan persahabatan erat silaturahim

Perlawanan persahabatan erat silaturahim

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Sebagai sebahagian usaha menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pemain tempatan, Pasukan M & F dan Pasukan I Cyber mengadakan perlawanan bola keranjang persahabatan di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam(BBA), Batu Bersurat, kelmarin.

Perlawanan tersebut menyaksikan Pasukan I Cyber menewaskan pasukan M&F, dengan kedudukan 80-46.

Selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim, kegiatan sukan itu juga merupakan sebagai salah satu perlawanan untuk menimba pengalaman bagi pasukan I Cyber yang bakal beraksi dalam Kejohanan Piala Mum Bakery 2015 yang bakal menjelang.

Pasukan Bola Keranjang I Cyber dan Pasukan Bola Keranjang M&F bergambar-ramai sebelum perlawanan persahabatan dimulakan di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam(BBA), Batu Bersurat, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA