Perlawanan persahabatan erat silaturahim

Perlawanan persahabatan erat silaturahim

Oleh KEKAL

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Ahli Kelab Motosikal ‘KEKAL’ Daerah Tutong (gambar), melalui Biro Sukan baru-baru ini mengadakan perlawanan badminton persahabatan bersama guru-guru Ma’had Islam Brunei di Dewan Serbaguna Kampung Serambangun.

Aktiviti penuh bermanfaat itu diadakan bertujuan untuk bersama-sama mengeratkan lagi tali silaturahim yang sedia terjalin di antara ahli-ahli kelab tersebut dan secara tidak langsung menjurus kepada aktiviti sukan yang sihat. Selain itu adalah diharapkan dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini akan dapat memupuk semangat setia kawan dan membina semangat perpaduan dalam persatuan sekali gus menjayakan mana-mana aktiviti pada masa akan datang.

Turut hadir menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut ialah Yang Dipertua Kelab, Awang Samsudin @Ismael bin Haji Lani dan Naib Yang Dipertua Awang Khalidi bin Haji Sidek.

pg22_151112_d