Perlawanan persahabatan jurulatih Futsal FIFA NFABD

Perlawanan persahabatan jurulatih Futsal FIFA NFABD

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Dengan moto ‘aktif berfutsal walaupun melatih’, para jurulatih Futsal FIFA NFABD Pengambilan Pertama telah pun mengadakan perlawanan persahabatan dengan jurulatih-jurulatih Futsal FIFA NFABD Pengambilan Kedua.

Perlawanan persahabatan buat julung-julung kalinya diadakan itu antara lain bagi menjalin ikatan silaturahim di antara jurulatih-jurulatih futsal tempatan dan kenal mengenali antara satu dengan yang lain supaya mereka dapat bekerjasama di masa akan datang.

Diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB), perlawanan persahabatan itu juga menjadi medan peluang untuk para jurulatih terlibat berkongsi ilmu dan bertukar-tukar pengalaman masing-masing dalam bidang sukan futsal.

Sebahagian daripada jurulatih Futsal FIFA Pengambilan Pertama yang menyertai perlawanan persahabatan berkenaan.
Sebahagian daripada jurulatih Futsal FIFA Pengambilan Pertama yang menyertai perlawanan persahabatan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA