Perlawanan persahabatan ManCity dibatalkan

Perlawanan persahabatan ManCity dibatalkan

LOS ANGELES, 29 Mei (AFP) – Jadual perlawanan persahabatan Manchester City menentang pasukan dari Major League Soccer, Houston Dynamo yang diadakan semalam telah dibatalkan selepas kejadian banjir yang mengakibatkan padang tidak selamat, kata kelab tersebut.

City membuat perjalanan ke Houston selepas kemenangan 1-0 dalam perlawanan persahabatan ke atas Toronto FC pada Rabu lalu, apabila hujan lebat sudah membanjiri sebahagian Texas dan Oklahoma.

Biarpun usaha kru-kru padang Dynamo, pemeriksaan padang semalam membangkitkan kebimbangan, dan pegawai perlawanan menyatakan ia tidak selamat.

Pasukan tangga kedua Liga Perdana, Manchester City membuat perjalanan ke New York untuk menyaksikan kelab kakak mereka New York City menentang Houston di Stadium Yankee dalam perlawanan MLS semalam.