Perlawanan persahabatan mantapkan silaturahim

Perlawanan persahabatan mantapkan silaturahim

Oleh Hasrulraizan

 

KETIKA kelab-kelab Liga Perdana Inggeris terus bersaing sengit, para penyokong kelab-kelab besar tersebut di negara ini turut tidak ketinggalan untuk bersaing dalam perlawanan persahabatan. Baru-baru ini Pasukan Penyokong Liverpool J4F telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang Pasukan Penyokong Arsenal di padang Sekolah Menengah Rimba. Perlawanan yang diadakan untuk menjalin hubungan silaturahim di antara penyokong kedua-dua kelab ternama berkenaan. Perlawanan itu dimenangi oleh Pasukan Penyokong Arsenal. Para penyokong Arsenal (merah) dengan para penyokong Liverpool (hitam) bergambar ramai sebelum perlawanan bermula.

pg20_151125_d